Matawang Greenback Kembali Tersungkur Dalam Sesi Eropah!

69

US Dollar jatuh mendadak berbanding Yen dan matawang utama yang lain pada Isnin berikutan ketidaktentuan pasaran mengenai pelbagai peristiwa yang berpotensi mendorong pelabur untuk semakin berhati-hati selepas pilihanraya AS tempoh hari.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai menurun sebanyak 0.53%.

Pada Khamis lepas, index ini telah melonjak ke paras tertinggi semenjak April 2003.

US Dollar akhirnya kembali menjunam hari ini setelah dasar ekonomi Trump dan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed telah menghantar matawang tersebut ke paras tertinggi dengan mendadak sebelum ini.

Matawang Greenback itu juga memperlahankan gerakan dalam sesi ini apabila pelabur menanti keputusan yang berisiko dari OPEC dalam menamatkan kemelut pasaran komoditi terbabit.

Harga minyak terus dilanda kerugian gara-gara ketidaktentuan yang bakal dicapai dalam mesyuarat terbabit.

Sementara itu, US Dollar tersungkur berbanding Yen.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Bagi matawang Euro, sesi dagangan ini menampakkan peningkatan berbanding matawang US Dollar, sama seperti yang dicatat oleh matawang Sterling.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

 

Apa Itu Referendum Itali? Baca Artikel Ini Segera!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat