Matawang Komoditi Terkesan, AUD/USD Menjunam 100 Pips Pada Dagangan Awal Minggu

387

Sentimen pasaran yang bercampur-campur dan menjurus ke arah berisiko telah memberi kesan negatif terhadap dagangan bagi matawang komoditi termasuk dolar Australia dan New Zealand pada awal minggu ini.

Berbanding US dolar, dolar Aussie bergerak lemah dengan penurunan harga yang dipaparkan pada carta pasangan matawang AUD/USD semalam mencecah sekitar 100 pips penurunan harian.

Selain sentimen pasaran yang berisiko, laporan berkenaan ketegangan antara China dan Australia juga turut memberi tekanan terhadap dagangan Aussie.

Ketegangan timbul apabila Australia mula menyokong tindakan Amerika Syarikat untuk siasatan ke atas Beijing berhubung isu laporan yang tidak telus berkenaan pandemik COVID-19.

Terbaru, China dikatakan akan mengenakan tarif sehingga 80% ke atas beberapa barangan dari Australia selain sekatan ke atas barangan import seperti daging Australia.

Pada carta harga AUD/USD, harga menunjukkan kenaikan pada awal sesi Asia semalam sebelum harga menjunam melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Memulakan dagangan pada Selasa sekitar 0.64900 pada awal sesi Asia pagi ini, harga menyambung penurunan lebih rendah melepasi paras terendah harian semalam sekitar 0.64560.

Penrunan harga menguji paras tumpuan pada 0.64400 sebelum harga kembali menunjukkan kenaikan sehingga penghujung sesi Asia.

Jika harga kembali menyambung penurunan, paras support 0.64400 akan ditembusi sebelum harga menuju zon support di bawah paras 0.64000.

Penurunan lebih rendah dijangkakan oleh pasaran menjelang data pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada Khamis dengan ramalan bacaan data yang merosot.

Namun jika harga membuat kenaikan lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) sekitar 0.65100 akan menjadi destinasi tumpuan. Harga juga akan menguji paras halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras ketinggian harga semalam sebelum menguji paras resistance 0.65700.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat