Matawang Utama Kukuh! Apa Dah Jadi Dengan USD?

741

Dolar greenback terus mempamerkan aksi tidak bermaya pada awal sesi dagangan Khamis, yang turut menyaksikan matawang berkaitan komoditi meningkat ke paras ketinggian bulanan berikutan harga bahan mentah yang tinggi.

Jangkaan menyuramkan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menunggu sehingga tahun 2023 sebelum menaikkan kadar faedah dalam undian Reuters yang terbaru, masih membelenggu dagangan matawang greenback.

Ini sekali gus memberi peluang untuk kebanyakan matawang utama meningkat lebih tinggi, terutamanya matawang berkaitan komoditi.

Dolar Aussie melanjutkan peningkat harga ke paras ketinggian 3 setengah bulan pada sesi Asia, sementara dagangan dolar kiwi pula menyentuh puncak tertinggi empat bulan berbanding US dolar.

Ini disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dunia, yang juga memperlihatkan dagangan dolar loonie mengukuh di paras tertinggi empat bulan selain ia turut didukung oleh data inflasi Kanada yang lebih kuat dari dijangkakan.

Mengikuti perkembangan matawang Eropah, pound seterling didagangkan lebih kukuh di sekitar paras tertinggi lebih sebulan di tengah jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat England (BOE).

Sementara dagangan euro pula bertahan di sekitar puncak tertinggi hampir tiga minggu yang dicapainya pada Selsa berbanding dolar greenback.

Walaupun US dolar menyusut, tetapi hasil perbendaharaan 10 tahun AS masih kekal di tahap tertinggi 1.66% pada sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat