Matawang Utama Tenggelam Di Lautan Merah

454

Dolar greenback melonjak ke paras tertinggi empat bulan berbanding euro pada awal sesi Asia ketika tindak balas Amerika Syarikat dalam menangani pandemik telah jauh mengatasi Eropah yang masih tersekat akibat sekatan dilanjutkan dan pelambatan pelancaran vaksin.

Sentimen berisiko terus menguasai pasaran di tengah-tengah kebimbangan terhadap gelombang ketiga Covid-19 di Eropah, dan ini telah memberi manfaat kepada US dolar sebagai safe-haven.

Kejatuhan dalam pasaran saham global, menyaksikan hari yang buruk buat indeks NASDAQ dengan kejatuhan 2%. Sementara indeks S&P 500 dan Dow Jones pula mencatat penurunan sederhana tetapi kedua-duanya ditutup lebih rendah pada sesi New York.

Matawang Eropah terus bertahan daripada jatuh lebih rendah berbanding US dolar, disokong oleh bacaan data ekonomi yang memberangsangkan. Sektor pembuatan dan perkhidmatan di Zon Eropah dan UK masing-masing mencatatkan pertumbuhan.

Euro susut di paras terendah empat bulan berbanding US dolar dengan didagangkan di sekitar harga 1.1800, sementara matawang pound pula menghampiri tahap terendah satu bulan pada 1.36850.

Canselor Jerman, Angela Merkel terpaksa membatalkan rancangan untuk melaksanakan sekatan lebih ketat pada cuti Easter Day selepas mendapat kritikan daripada para pakar dan pegawai atasan kerajaan.

Sementara itu, dagangan matawang Asia terus suram, dengan dolar New Zealand diperdagangkan di sekitar paras terendah empat bulan sementara dolar Aussie pula diniagakan menghampiri tahap terendah satu bulan berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat