Melonjak Lagi! GOLD Rekod Paras Tertinggi Terbaru Sepanjang Masa

1,191

Setelah mencapai paras tertinggi melepasi paras $1900 dan menutup dagangan minggu lalu sekitar paras tersebut, harga emas memulakan dagangan pada awal minggu ini dengan langkah kanan.

Nilai emas terus melonjak sehingga atas paras 1940.00 setakat sesi pasaran Eropah dengan kenaikan lebih 400 pips di sesi Asia.

Kenaikan tersebut akhirnya telah berjaya menembusi ketinggian tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada September 2011.

Emas sebagai safe-haven masih mendapat permintaan dalam pasaran berikutan risiko dalam pasaran berkenaan kebimbangan gelombang kedua Coronavirus termasuk di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Selain itu, ketegangan hubungan AS-China juga turut membuatkan pelabur berwaspada.

Penganalisis menjangkakan harga emas berpotensi untuk mencapai paras harga $2000 jika sentimen pasaran kekal berisiko.

Pergerakan kenaikan harga di sesi Eropah dilihat lebih perlahan berbanding lonjakan pada sesi Asia. Namun trend bullish harga dilihat akan berterusan menyambung siri kenaikan sepanjang minggu lalu selepas harga melepasi paras rintangan 1800.00.

Kenaikan lebih tinggi akan terus mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa.

Jika penurunan harga kembali dipamerkan, antara paras tumpuan terhampir yang dilihat akan dituju harga adalah pada 1900.00

Seterusnya paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan diuji sebelum harga memberi isyarat arah pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat