Menarik! Cantik Tersusun Penurunan Harga Pada Carta USD/CAD

576

Harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD terus menunjukkan corak penurunan sehingga ke penghujung minggu susulan dolar Kanada disokong oleh kestabilan pasaran minyak mentah.

Menjadi eksport utama Kanada, minyak mentah kembali mendapat permintaan tinggi semula oleh China yang menjadi antara negara pengguna minyak terbesar di dunia.

Walaupun begitu, pelabur turut berwaspada berikutan ekonomi kedua terbesar dunia itu masih bergelut meghadapi krisis pandemik yang kritikal.

Sementara US dolar pula kembali bergerak susut selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell telah memberi petunjuk untuk pelonggaran polisi lebih lanjut pada masa akan datang.

Faktor yang mendorong penyusutan US dolar tersebut telah menyaksikan harga pada carta USD/CAD jatuh menjunam lebih rendah di bawah paras 1.26700 semalam.

Mencecah paras terendah minggu ini pada zon support 1.26300, harga sedikit meningkat pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini menuju semula ke paras 1.26700.

Namun harga yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan terus memberi isyarat trend bearish kepada pelabur.

Penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan sehingga ke paras tumpuan 1.26000 untuk terus merekodkan paras terendah terbaru sejak dagangan April 2018 lalu.

Jika kenaikan harga berlaku, paras 1.26700 pada zon SBR (support become resistance) dan halangan MA50 akan diuji sebelum harga memberi isyarat awal perubahan trend.

Kenaikan harga yang diteruskan berpotensi menuju semula ke zon rintangan pada 1.27800.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat