Mengejutkan! SNB Tiba-tiba Tingkatkan Kadar Faedah

345

Swiss National Bank (SNB) mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar faedah buat kali pertama sejak 2007 sebagai tindak balas kepada inflasi yang melonjak ke paras tertinggi 14 tahun pada bulan Mei.

Pembuat dasar yang diketuai oleh Presiden Thomas Jordan memilih untuk menyertai bank pusat utama global yang lain dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada -0.25%.

Bank pusat itu juga memberi isyarat bahawa lebih banyak pengetatan mungkin diperlukan pada masa hadapan untuk menstabilkan inflasi.

Mata wang swiss franc mengukuh susulan pengumuman tersebut, di mana SNB turut menambah bahawa ia akan kekal ‘aktif’ dalam pasaran mata wang.

Keputusan tersebut telah mengejutkan pasaran yang menjangkakan tiada perubahan akan dilakukan oleh bank pusat itu.

Dalam pada itu, SNB turut mengeluarkan ramalannya terhadap inflasi yang dijangkakan meningkat pada 2.8% tahun ini, 1.9% pada 2023 dan 1.6% pada 2024.

Ramalan berikut jauh lebih tinggi daripada yang dibuat pada Mac apabila mereka mengunjurkan 2.1% tahun ini dan 0.9% pada 2023 dan 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat