Menteri-menteri EU mahu UK uruskan proses keluar segera

92

Menteri Luar German Frank-Walter Steinmeir berkata rundingan perlu bermula dengan segera. Beliau membuat komen ini setelah selesainya mesyuarat gempar bersama 6 ahli yang mengasaskan EU untuk membincangkan keputusan mereka.

Perdana Menteri, David Cameron membuat kenyataan akan meletakkan jawatan pada Oktober untuk memberi jalan kepada penggantinya mengendalikan pertemuan itu.

6 negara yang menyertai mesyuarat penting tadi di Berlin adalah dari negara German, Perancis, Itali, Belgium, Luxembourg dan Belanda yang merupakan negara yang mengasaskan EU pada 1950-an dan masih merupakan tunjang asas kepada EU.

Dalam perkembangan lain :

  • Menteri Pertama Scotland Nicola Sturgeon berkata dia akan mencari ruang untuk berbincang dengan Brussels untuk terus berada dalam EU.
  • Satu petition untuk mengadakan referendum kedua keahlian UK dalam EU telah mendapat lebih daripada 2 juta tandatangan.
  • Terdapat amaran daripada ketua bank Perancis bahawa institusi kewangan Britain akan kehilangan access istimewa kepada EU jika UK keluar daripada common market.
  • Pesuruhjaya Eropah UK, Lord Hill, telah meletakkan jawatan

Pertemuan pertama pemimpin-pemimpin EU tanpa wakil UK akan diadakan pada hari rabu nanti.

Untuk keluar daripada EU, UK harus memulakan Article 50 EU Lisbon Treaty yang memberikan masa kepada UK 2 tahun untuk rundingan keluar.

Sumber BBC : Langkah untuk keluar daripada EU

Apakah Article 50?

  • Dibuat pada 2009 namun tidak pernah dilaksanakan
  • Memberi kebenaran kepada kerajaan yang mahu keluar daripada EU untuk berunding dengan EU mengenai isu yang berkaitan
  • Jika tiada persetujuan dicapai, maka keahlian EU akan terbatal dalam masa 2 tahun
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat