Messi ‘Rembat’ Ethernity Chain (ERN) Hingga Catat Paras Ketinggian Baru

369

Pasaran NFT telah menyaksikan tempoh pertumbuhan yang mengagumkan beberapa hari lalu dan telah membangkitkan kehangatan pasaran kripto.

Ethernity Chain sekali lagi pamerkan lonjakan positif meroket lebih 50% pada semalam sehingga sesi dagangan hari ini, catatkan nilai tertinggi sekitar $12.75.

Lonjakan harga tersebut dipengaruhi oleh tindakan Messi mengumumkan video pendek di profil Instagramnya pada malam tadi, yang berkerjasama dengan Ethernity Chain untuk melancarkan koleksi NFT bernama Messiverse.

Kedudukan ke-289 dalam pasaran, tetapi Ethernity Chain telah mengatasi beberapa matawang digital pada pasaran bulan Ogos dengan menghasilkan 66% lonjakan secara drastik.

Memiliki permodalan pasaran lebih $116 juta dengan mencatatkan jumlah dagangan lebih $80 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menarik jika teliti carta pergerakan semasa harga ERN/USDT.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga nampaknya tidak dapat mengekalkan kenaikan secara konsisten dan sedang berlegar-legar diatas zon RBS (resistance become support) sekitar $10.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan pergerakan harga yang lemah, zon RBS sekitar $10 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Manakala, jika pergerakan harga ERN kembali menunjukkan trend bullish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon resistance sekitar $12.2 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau membuat paras tertinggi terbaru.

Sewaktu penulisan, ERN/USDT didagangkan pada harga sekitar $10.5 melonjak lebih 25% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ERN/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat