Mesyuarat FOMC: Apa Yang Pelabur Tahu Setakat Ini?

965

Federal Reserve (Fed) dijangkakan secara meluas untuk memberi isyarat pada mesyuarat minggu ini bahawa ia bersedia untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Mac, sebaik sahaja program pembelian bonnya berakhir.

Dengan kadar inflasi Amerika Syarikat yang hampir mencecah paras tertinggi 40 tahun, para penggubal dasar Fed pastinya bimbang dengan situasi ini sehingga memaksa mereka untuk bertindak lebih cepat.

Persoalan yang bermain di minda pemain pasaran pada ketika ini adalah berapa banyak bank pusat akan menaikkan kadar dalam satu masa dan berapa kali mereka akan melakukannya?

Buat masa ini, penganalisis telah meletakkan jangkaan penuh dalam kenaikan kadar untuk Mac sebanyak 50 mata asas.

Walaupun begitu, jika Pengerusi Jerome Powell gagal untuk memberi sebarang petunjuk mengenai penetapan kadar pada Mac atau kenyataan hawkish, ia boleh menjejaskan pergerakan harga USD.

Bagaimanapun, jangkaan kenaikan kadar oleh Fed telah mendorong volatiliti harga yang besar dalam pasaran saham menyebabkan ada yang berpendapat bahawa penurunan ini akan menggoyahkan keputusan bank pusat.

Dalam pada itu, pelabur akan turut memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai pengurangan kunci kira-kira (balance sheet) yang dikatakan oleh Powell sebelum ini bahawa ia tidak akan dilakukan dalam waktu terdekat kerana ia mengambil masa lebih lama untuk membincangkannya.

Program pembelian bon telah menjadi penyumbang utama kepada peningkatan dua kali ganda dalam balance sheet mereka. Penamatan program tersebut yang dijangka pada Mac, mungkin akan membuka jalan buat Fed mempertimbangkan untuk mengurangkannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat