Mesyuarat OPEC Ditangguhkan, Trump Pertimbang Tarif Import Minyak Ke Amerika

641

Mesyuarat antara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya OPEC+ yang dijadualkan pada hari ini, dalam usaha untuk menyelesaikan pertikaian Arab Saudi dan Rusia telah ditangguhkan kepada hari Khamis.

Ia pada mulanya ditetapkan untuk berlangsung pada hari ini selepas Presiden AS Donald Trump memberitahu bahawa beliau menjangkakan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman megumumkan perjanjian untuk memotong pengeluaran sehingga 15 juta tong.

Hal ini telah mendorong harga minyak mentah mencatat peningkatan peratusan terbesar mingguannya, diangkat oleh harapan untuk menyaksikan OPEC dan sekutunya mencapai kesepakatan dalam pemotongan pengeluaran minyak mentah.

Bagaimanapun, setelah mesyuarat tersebut dilaporkan telah ditangguhkan, dagangan minyak mentah kembali mencatat penyusutan lebih $1 pada sesi Asia hari ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menyusut 2.5% kepada $33.23 setong, manakala WTI Amerika Syarikat merosot 4% kepada $27.19 setong.

Sementara itu dalam satu ucapan pada hari ini, Presiden Trump memberitahu bahawa beliau akan mempertimbangkan pelaksanaan tarif ke atas import minyak sekiranya harga minyak mentah terus berada di paras terendah.

Hal ini dibuat adalah untuk melindungi pengeluar dan syarikat minyak Amerika Syarikat yang terjejas akibat kejatuhan drastik harga minyak dunia serta telah diburukkan lagi oleh pertikaian Arab Saudi dan Rusia.

Namun begitu, Trump dengan cepat menambah bahawa beliau tidak fikir pelaksanaan tarif adalah perlu dalam menangani krisis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat