Meta Bukan Sahaja Punca Kematian Tapi Peperangan Di Ethiopia

249

‘Kes lama tapi keadilan masih belum ditegakkan.’

Facebook milik Meta Platform Inc mungkin mampu untuk membayar saman berjumlah $2 bilion namun nyawa mangsa yang terkorban tidak dapat dikembalikan.

Satu dakwaan kes undang-undang mendapati algoritma Facebook telah mencetus rantaian kebencian dan keganasan semasa berlakunya perang saudara di Ethiopia.

Kesan perang itu telah mengorbankan nyawa Abrham Meareg, seorang ahli akademik Ethiopia, apabila mangsa ditembak mati selepas diserang dalam sebuah catatan pada Facebook.

Menerusi wakil keluarga mangsa, Meta disaman $2 bilion dan diminta untuk mengubah algoritma kebencian pada platform miliknya.

Terang wakil itu bahawa ucapan kebencian (hate speech) dan hasutan kepada keganasan adalah bertentangan dengan peraturan platform itu.

Sebagai maklum balas pihak Meta mengatakan bahawa mereka telah melabur banyak dana untuk penyederhanaan (moderation) dan peranti untuk mengalih keluar kebencian pada platform.

Namun sayangnya syarikat dilihat langsung tidak menyentuh berkenaan isu saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kenya itu.

Menyingkap kisah Meareg, pada 3 November 2021 beliau telah diekori semasa pulang dari rumah oleh lelaki bersenjata yang menaiki motorsikal, sebelum ditembak pada jarak dekat.

Sebelum kejadian itu telah tersebar satu catatan fitnah dan mendedahkan maklumat peribadi beliau pada laman Facebook.

Sungguhpun sudah beberapa kali membuat laporan menerusi alat pelaporan Facebook, platform itu tetap mengekalkan catatan tersebut.

Lantaran itu, anak kepada Meareg menyifatkan algoritma Facebook mempromosikan ‘kebencian dan hasutan’ kerana ia dapat menarik lebih banyak pengguna berbanding kandungan lain.

Malahan beliau yang menfailkan saman mengkritik penyederhanaan kandungan (content moderation) di Afrika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat