Minggu Depan Banyak Event Penting Dan FOMC Adalah Paling Penting! Dah Bersedia?

70

Matawang US Dollar menguat melawan matawang utama lain jumaat lalu berikutan data inflasi yang positif.Pound menjunam berikutan berita-berita negatif mengenai Brexit dipaparkan pada muka depan akhbar.

Pergerakan harga pada Jumaat lalu melihatkan positioning pasaran menantikan mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Penganalisa tidak melihat akan berlakunya kenaikan interest rate pada September ini dengan kebarangkalian yang hanya 20% menurut Fed Fund futures.

Pun begitu dijangkakan Disember akan melihatkan sesuatu yang berbeza. Mesyuarat FOMC sangat penting dan Janet Yellen akan mengeluarkan unjuran ekonomi yang terbaru.

Sangat mengejutkan jika Federal Reserve menaikkan interest rate September ini melihatkan penurunan penggunaan pengguna, perkembangan pekerjaan yang perlahan dan juga aktiviti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang sangat lemah namun perbincangan mengenai kenaikan pada Disember pula akan menjadi tumpuan.

Antara sebab utama kenapa ramai daripada pelabur melihat kenaikan interest rate pada September adalah ramai daripada pegawai Fed mengeluarkan kenyataan yang sangat positif dengan kenaikan itu.

Dan antara sebab lain adalah, Fed mahu mengelakkan daripada menaikkan interest rate selepas pilihan raya Presiden dan sebelum musim cuti nanti.

Pakar ekonomi dan penganalisa mempunyai jangkaan yang sebaliknya iaitu tiada kenaikan interest rate pada September namun mereka akan mengambil peluang ini untuk menegaskan akan berlaku juga 1 kenaikan pada tahun ini dan Disember mungkin menjadi bulannya.

Bagi trader, ini bermaksud US Dollar mungkin akan menguat sebelum dan selepas FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat