Minggu Penuh Gelora, Jangan Hairan Kalau USD ‘Menggila’!

1,626

Membuka tirai dagangan Mei, US dolar kembali mendapat kekuatan untuk meningkat setelah susut pada penghujung minggu lalu berikutan aktiviti pengambilan untung.

US dolar sememangnya sudah memaparkan pergerakan tidak menentu sejak minggu lalu memandangkan pelabur bersiap sedia menjelang mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung minggu ini.

Federal Reserve (Fed) dijangkakan secara meluas akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dan kenyataan susulan oleh Pengerusi Jerome Powell akan dijadikan petunjuk dasar seterusnya oleh pelabur.

Turut menjadi perhatian adalah terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada hari Jumaat yang akan menentukan tahap kesihatan pasaran buruh di ekonomi gergasi dunia itu.

Pun begitu, pelabur akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada keluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan tinjauan ISM dan data ADP pekerjaan sektor swasta sebagai petunjuk kepada NFP.

Data PMI pembuatan yang telah diterbitkan pada sesi New York semalam, menunjukkan sedikit peningkatan daripada 46.8 kepada 47.1 pada bulan April, tetapi sektor itu masih menguncup untuk enam bulan berturut-turut.

Namun, harga pembuatan ISM iaitu komponen yang mengukur inflasi pengguna pula meningkat melebihi jangkaan daripada 53.2 berbanding 49.2 bulan lepas, susulan kenaikan kos untuk bahan mentah.

Memandangkan pasaran kekal sensitif terhadap peningkatan inflasi, ia dilihat menjadi sebab kepada pengukuhan US dolar pada sesi sebelum ini.

Beralih ke pergerakan mata wang lebih luas, dolar Aussie didagangkan stabil menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang akan berlangsung hari ini.

Dolar kiwi sedikit meningkat apabila pelabur juga menantikan terbitan data pekerjaan New Zealand pada hari Rabu.

Sementara dagangan euro dan pound pula sedikit berubah setelah merosot rendah pada sesi terdahulu dengan pelabur kini memberi tumpuan kepada data inflasi Zon Eropah pada Selasa dan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis.

Menghadapi minggu yang sibuk dan penuh gelora ini, pelabur kekal berwaspada dalam meletakkan posisi lebih-lebih lagi menjelang keputusan kadar faedah Fed dan NFP.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat