Minyak Menjunam Lagi Selepas Laporan OPEC, Harga Kembali Di Bawah $50 Setong

48

OPEC mengatakan pada Selasa bahawa stok minyak terus meningkat walaupun perjanjian pemotongan bekalan telah dibuat dan rmalan OPEC sendiri pengeluaran akan meningkat pada 2017 dari kalangan bukan ahli OPEC yang menunjukkan usaha bagi membasmi lebihan bekalan bakal sia-sia.

Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) telah mengurangkan pengeluaran mereka sebanyak 1.2 juta tong sehari sejak 1 Januari yang merupakan pemotongan pertama sejak lapan tahun lepas. Manakala Rusia dan negara bukan ahli bersetuju untuk mengurangkan separuh dari jumlah tersebut.

Walaubagaimanapun, dalam laporan bulanan OPEC menyatakan stok minyak negara-negara perindustrian meningkat pada Januari kepada 278 juta tong di atas jumlah purata lima tahun.

“Walaupun kita telah membuat pemotongan, stok terus meningkat, bukan sahaja di AS tetapi juga di Eropah,” kata OPEC dalam laporan tersebut.

Dalam laporan tersebut, OPEC menegaskan peningkatan dalam pematuhan pemotongan oleh ahlinya sejak 1 Januari. Bekalan dari 11 pengeluar OPEC di bawah perjanjian ini telah mengurangkan 29.681 juta tong bulan lalu.

Ini menunjukkan OPEC telah mematuhi perjanjian lebih dari 100% dengan perancangannya untuk mengurangkan pengeluaran kepada 29.804 juta tong.

Apa yang menjadi penghalang kepada kenaikan harga minyak mentah global ketika ini adalah pengeluaran bekalan dari negara-negara bukan OPEC terutamanya Amerika Syarikat berikutan kenaikan harga komoditi ini. Pengeluaran di luar OPEC dijangka meningkat 400,00 tong sehari, lebih 160,000 dari jangkaan pengeluaran sebelum ini pada 2017.

Harga komoditi hitam terus menjunam selepas laporan juga mengatakan Arab Saudi meningkatkan pengeluarannya sebanyak 263,000 tong sehari kepada 10.011 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat