Minyak Mentah Didagang Lebih Rendah Selepas Melonjak 2% Pada Khamis

34

Selepas mendapat keuntungan 2% dalam sesi dagangan Khamis, harga minyak mentah meneruskan kenaikan dalam sesi Asia hari ini disokong oleh keyakinan pelabur terhadap pemotongan keluaran oleh OPEC dan non-OPEC.

Harga minyak mentah mencapai paras tertinggi sejak tiga minggu lepas pada Khamis dengan pedagang mempercayai pemotongan oleh pengeluar-pengeluar besar dunia akan mengurangkan bekalan di dalam pasaran dan meningkatkan permintaan dalam pasaran.

Penganalisis mengatakan, kenaikan dalam harga minyak dipandu oleh pemotongan ini, dengan bekalan minyak mentah global berkurangan sebanyak 24 juta tong kepada 5.7 juta tong pada suku keempat 2016 berbanding dengan suku ketiga tahun kewangan 2016.

Harga minyak mentah melonjak 2% dengan WTI (West Texas Intermediate) mencapai paras tertinggi Khamis di $54.06 setong, manakala Brent-oil di paras $56.55 setong.

Ketika ini kedua-dua jenis minyak di dagangkan agak rendah dari paras tertinggi semalam, masing-masing pada paras $53.43 setong dan $55.66 setong.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat