Minyak Mentah Pulih Pada Khamis Dari Junaman Sesi Sebelum Ini

35

Harga minyak mentah dunia memulih semula pada Khamis selepas data terbaru inventori minyak mentah menunjukkan pengurangan bekalan lebih dari jangkaan minggu lalu yang mengurangkan kebimbangan terhadap lebihan penawaran.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) berada di sekitar $45.73 setong, naik  1.44% setakat pukul 7.30 pm. Manakala minyak Brent (Brent-oil) naik 1.38% kepada $48.46 setong setakat ini.

Data yang dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API) menunjukkan inventori berkurangan sebanyak 5.8 juta tong minggu lalu kepada 503.7 juta tong setakat ini.

Satu lagi data inventori akan dikeluarkan malam ini oleh Energy Information Administration (EIA) di mana pasaran menjangka kejatuhan inventori sebanyak 2.28 juta tong.

Walaubagaimanapun, bekalan minyak dijangka terus berlebihan walaupun dengan perjanjian OPEC yang mengurangkan pengeluaran 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018.

Harga minyak pada Rabu berakhir pada paras rendah apabila data menunjukkan eksport OPEC meningkat dua bulan berturut-turut pada Jun.

Usaha pengeluar-pengeluar ini untuk mengimbangi pasaran diselubungi oleh peningkatan keluaran oleh Libya dan Nigeria yang dikecualikan daripada pemotongan OPEC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat