Minyak Mentah Sedikit Tertekan Selepas Data Negatif API Pada Selasa

35

Harga minyak mentah dunia bergerak lebih tinggi pada Selasa sebelum kehilangan keuntungan tersebut apabila laporan inventori API (American Petroleum Institute) di Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan 1.63 juta tong pada minggu lalu.

Minyak Brent (Brent-oil) naik 0.04% kepada $48.88 setong setakat pukul 4.07 pm, manakala WTI (West Texas Intermediate) naik 0.04% kepada $46.41 setong.

Pengurangan inventori yang direkod oleh US minggu lalu telah menunjukkan kesannya kepada pasaran apabila minyak mentah dunia naik dalam beberapa sesi dagangan sebelum ini.

Data yang dikeluarkan oleh API melaporkan inventori minyak mentah bertambah sebanyak 1.63 juta tong pada minggu berakhir 14 Julai berbanding jangkaan kemerosotan 3 juta tong.

Data EIA (Energy Information Administration) pula akan menjadi fokus pedagang komoditi hitam malam ini yang akan dikeluarkan pada pukul 10.30 pm.

Harga minyak mentah dilihat tertekan sejak beberapa minggu lalu berikutan peningkatan pengeluaran dari US yang mengimbangi pemotongan bekalan yang dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.

OPEC membuat perjanjian pertama pemotongan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula Januari 2017 sehingga enam bulan dan ia dilanjutkan sekali lagi kepada sembilan bula sehingga Mac 2018 dalam usaha membawa harga pasaran ke tahap optimum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat