Mnuchin: Penguatan US Dolar Dalam Jangka Panjang Adalah Positif

42

Setiausaha Perbendaharaan US Steve Mnuchin berkata pada Isnin bahawa jangka masa bagi perubahan cukai dijangka tidak dapat dicapai berikutan halangan dalam rundingan bersama Kongress US terhadap dasar kesihatan sebelum ini, seperti yang dilaporkan oleh Financial Times pada Isnin.

Mnuchin berkata kepada Financial Times dalam temubual bahawa sasaran untuk perubahan cukai tersebut sebelum Ogos adalah “tidak realistik buat masa ini”.

“Memang benar jika dikatakan ia tertangguh sedikit disebabkan dasar kesihatan,” tambah Mnuchin.

Mnuchin turut bersetuju dengan pendirian Trump bahawa US dolar terlalu kuat dan memberi kesan negatif kepada eksport dalam juangka masa pendek, tetapi menegaskan pengukuhan greenback dalam jangka panjang adalah positif.

“Sebagai matawang dunia dan matawang rizab utama dunia, saya rasa dalam jangka panjang kekuatan US dolar adalah satu perkara yang baik,” kata Mnuchin kepada Financial Times.

Trump sebelum ini memberi isyarat untuk menyelaraskan sistem cukai pendapatan, mengurangkan regulasi persekutuan, memotong cukai korporat, dan menambah cukai baru bagi mengekalkan syarikat dan menghalang mereka dari memindahkan kilang ke luar dari Amerika Syarikat.

Trump dan Republikan cuba untuk menggantikan ‘Affordable Care Act‘ yang juga dikenali sebagai Obamacare. Tetapi usaha ini gagal dan menjadikan ia sebagai satu halangan untuk pentadbiran baru membawa dasar-dasar yang lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat