Model Ekonomi Semasa Gagal Kesan Faktor Kemelesetan Secara Keseluruhan

55

Gabenor Bank of Canada (BoC) Stephen Poloz menyatakan dalam ucapannya pagi tadi bahawa pendekatan bank pusat dalam membuat ramalan ekonomi perlu diubah, berikutan model yang digunakan pada masa ini sukar untuk menjelaskan krisis utama yang dihadapi ekonomi.

Dalam ucapannya di ‘University of Alberta School of Business’, Gabenor Poloz mengatakan model ekonomi semasa hanya memberikan gambaran yang kecil kepada faktor penyebab kemelesetan ekonomi. Beliau memberi contoh tempoh 2007-2009 sebagai tempoh yang gagal dijelaskan oleh model ekonomi yang digunakan.

Ekonomi Kanada menghadapi krisis ekonomi lebih baik dari jiran-jiran sekitarnya seperti US dan Mexico, tetapi kemelesetan yang berlaku sebelum ini masih menghantui dengan masalah ‘excess capacity‘ dan sasaran inflasi yang masih belum dicapai.

Harga pengguna naik 1.5% dalam masa 12 bulan sehingga Disember, naik 1.2% pada November. Inflasi juga masih di bawah paras sasaran 2% sejak 11 bulan lalu.

Pertumbuhan ekonomi Kanada dilihat sukar meningkat berikutan kejatuhan harga komoditi memberi kesan negatif kepada ekonomi yang berorientasikan eksport ini. Pertumbuhan (GDP) pada November menunjukkan isyarat positif dengan kenaikan 0.4% berbanding kejatuhan pada bulan sebelum itu.

Dolar Kanada pagi tadi menguat ke paras tertinggi sejak beberapa minggu lepas berbanding US dolar.

Bank Pusat Kanada ini mengekalkan kadar faedahnya pada Januari tetapi menunjukkan kebarangkalian kepada pelonggaran polisi jika diperlukan. Mesyuarat seterusnya akan berlangsung pada 1 Mac ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat