MoshedFX Mengulas Tentang Krisis Ekonomi Greece dan Kenapa Untungnya Menjadi Seorang Forex Trader

262

Pagi tadi sudah diumumkan Greece gagal bayar hutang IMF. Sehingga kini, ia disekat dari sebarang bantuan oleh IMF kecuali Greece dapat bayar hutang lamanya. Lagi 1 jam nak due hutang IMF, Greece cuba minta bantuan Eurozone untuk another bailout tetapi gagal. Eurozone tolak.

Sepatutnya jika Greece gagal bayar hutang IMF, Eurozone ada hak juga untuk demand balik kesemua hutang sebanyak 189 billion Euro yang telah dipinjam kepada Greece, sekali dengan interest. Tetapi secara praktikalnya memang Eurozone pun tak akan minta balik duit. Greece confirm tak dapat bayar sebab nak bayar IMF pun tak boleh.

Referendum yang dijadualkan 5 July ini akan memberikan kesan yang sangat besar kepada Eurozone dan Greece. Sebab referendum ini menuntut Parlimen Greek mengundi “Ya” atau “Tidak”

Jika vote “Ya”, bermaksud Greece perlu terima cadangan daripada pemiutang Eurozone yang mencadang supaya Greece kenakan cukai lebih tinggi pada rakyat dan cuba untuk kurangkan perbelanjaan kebajikan untuk cuba bayar hutang.

Jika vote “Tidak”, bermaksud menolak proposal dari pemiutang dan sekaligus bersetuju untuk Greece tinggalkan Eurozone.

Walaupun Mr Tsipras (Perdana Menteri Greece) nampak macam preferred jalan untuk tinggalkan Euro, tetapi jika tinggalkan Euro lebih banyak perkara yang buruk boleh terjadi, sehinggakan Mr Tsipras juga tak mahu ia terjadi.

Apa-apa pun European Central Bank dipercayai akan mengeluarkan dana kecemasan untuk Greece bernilai 63 Billion Euro nanti.

Apa akan jadi seterusnya :

5 July – referendum tentang penerimaan proposal dari pemiutang. Dan ramai juga yang katakan ia adalah muktamad tentang kedudukan Greece dalam Euro.

20 July – Greece perlu redeem 3.46 billion Euro bond yang dipegang oleh European Central Bank. Jika gagal, ECB akan memotong akses Greece untuk mendapatkan dana kecemasan.

Jom lihat siapa yang memegang hutang Greece paling banyak

hutang-greece

Eurogroup akan bersidang lagi pada hari ini sekitar jam 5.30 petang waktu malaysia untuk bincangkan hal ini. Jadi sentiasa alert ya!

krisis-ekonomi-greece-moshedfx

Pandangan MoshedFX.com

Jika Greece keluar dari Euro, akan terdapat lagi banyak masalah untuk terma hutang-hutangnya sebelum ini dan jika Greece gagal manage negaranya sendiri dan diistiharkan bankrup, hutang-hutang tersebut akan “burned”. Jadi ia akan terus memberikan kesan teruk kepada Eurozone dan juga ekonomi global.

Kononnya, parti Syriza yang diketuai oleh Mr.Tsipras inginkan Greece stand alone utk manage negaranya. Tetapi banyak perkara hanya teori. Rendahkan matawang, untuk tarik pelabur dan lain-lain. Tingkatkan eksport dan lain-lain. Dengan dibebani hutang yang ada, dan dengan pakej rangsangan ekonomi sebelum ini Greece masih gagal mengawal negaranya. Saya tidak rasa yang Greece dapat bangun dengan semudah ABC untuk menarik pelabur dan lunaskan terma-terma hutang lama.

Lebih bimbang inflasi akan meningkat pada kadar sangat cepat, cetakan duit terlalu banyak, sekaligus bakal membawa Greece terus menuju ke gaung kebankrapan.

Jika bankrap, hancur terus harapan Eurozone untuk dapatkan interest daripada Greece. Hutang ibarat langsai kepada orang mati. Apa akan jadi? German paling terkesan. Seperti kita tahu German pemegang hutang Greece paling banyak dan ia adalah negara paling kuat kesan ekonominya terhadap matawang Euro dan kesatuan Eropah.

Ia akan drag Euro ke tahap pariti seperti yang dibincangkan oleh trader-trader pasaran kewangan, iaitu 1:1 dengan US Dollar. Maksudnya tukaran USD 1 bersama 1 Euro.

Apa-apa pun jika tiada tindakan dari Eurozone dan perjanjian yang dapat dipersetujui bersama Greece untuk melalui tempoh sukar ini, akan menyebabkan kesan buruk terhadap matawang Euro. Kesan sangat buruk juga kepada ekonomi global.

forex-trader-malaysia-001

Apa kesan kepada kita as Forex Trader?

Kesannya jika kita tahu situasi ini, kita dapat jana keuntungan yang banyak sebab akan terjadi pergerakan pip yang banyak terutama pada matawang Euro. Itulah untungnya menjadi forex trader. Mungkin ramai orang hanya boleh berbincang tentang krisis Greece, ramai ambil tahu, ulas sana sini, tetapi berapa ramai orang dapat ambil kesempatan segala up and down ?

Walaupun krisis ini kita tidak suka ia berlaku, kerana ia beri kesan ekonomi global. Tetapi sebagai forex trader ini adalah peluang untuk dapat jana profit lebih banyak. Sama ada Greece keluar atau tidak. Kita tetap buat duit. Apa sahaja yang terjadi, forex trader still dapat catch up dengan pasaran.

Seperti kejatuhan nilai ringgit sebelum ini, dari paras terendah kita withdraw dulu RM3.00 per 1 USD, sekarang kita sudah dapat sekitar RM3.60 per 1 USD. Untung 60 sen jika didarab 1000 USD sudah RM600 bezanya. Walaupun kita tidak suka jika negara mengalami krisis, tetapi forex trader ibarat kalis ekonomi apabila kita “kerja” kita adalah berkisar tentang matawang. Kita dapat ambil untung jika tahu apa situasi ekonomi yang terjadi.

Apa sahaja yang terjadi, forex trader dapat manfaat tentangnya.

Sama ada anda adalah seorang pekerja kerajaan, doktor, lawyer, pilot, business man, jurutera dan apa-apa sahaja jawatan tetap anda, anda masih boleh menjadi seorang forex trader kerana ia tidak menganggu apa-apa sahaja jawatan tetap anda.

Untung menjadi seorang forex trader yang berilmu.

Kepada yang baca artikel ini dan mungkin berminat untuk menjadi seorang REAL FOREX TRADER, mengenal lebih lanjut tentang forex trading, bagaimana ia membantu untuk menjana income, boleh terus dapatkan Panduan Lengkap Pakej Mudahnya Belajar Forex di www.mudahnyabelajarforex.com < KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT

HANYA FOREX TRADER AKAN FAHAM KEMANISANNYA!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat