Muhammad Ibrahim Bukan Lagi Gabenor Bank Negara Malaysia

1,056

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada Rabu telah mengesahkan perletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Muhammad Ibrahim.

Muhammad Ibrahim dipilih untuk menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada tahun 2016.

Sebelum ini Menteri Kewangan yang baru Lim Guan Eng telah mempersoalkan tentang pembelian tanah dari kerajaan sebelum ini. Lim pada bulan lalu berkata bahawa kerajaan Najib Razak sebelum ini telah menggunakan wang hasil dari jualan tanah kepada Bank Negara iaitu sekitar RM2 billion untuk membayar hutang 1MDB.

Kini, khabar angin mengatakan bekas Timbalan BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus adalah calon paling berpotensi untuk mengambil jawatan tertinggi itu.

Nor Shamsiah yang meninggalkan BNM pada ketika Muhammad Ibrahim dipilih sebagai Gabenor BNM pada 2016 telah ditawarkan jawatan itu tetapi tidak membuat keputusan untuk menerimanya.

Nor Shamsiah tidak meneruskan peranannya sebagai timbalan gabenor selepas penggalnya berakhir pada November 2016. Beliau juga telah mengetuai siasatan terhadap 1MDB sebelum siasatan itu dihentikan pada tahun 2015.

Selepas meninggalkan bank pusat, Shamsiah meneruskan peranannya dalam agensi kewangan terbesar di Bank Dunia (International Monetary Fund, IMF) pada April tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat