Musk Jual Lagi $930 Juta Saham Tesla?

1,473

Flexing cara Elon Musk.

CEO Tesla, Elon Musk telah menjual saham bernilai $930 juta bagi memenuhi kewajipan pegangan cukai berkaitan dengan pelaksanaan opsyen saham.

Menurut pemfailan oleh U.S Securities pada Isnin, Musk telah menjual sebanyak 934,091 saham selepas menggunakan opsyen bagi membeli 2.1 juta saham pada harga $6.24 setiap satu. Beliau dikehendaki untuk membayar cukai pendapatan berbeza antara harga pelaksanaan dan nilai pasaran saksama saham.

Susulan itu, saham Tesla telah ditutup pada $1,013.39 dengan penurunan hampir 2% selepas sesi New York.

Ini merupakan kali kedua dalam minggu ini jutawan kereta eletrik itu berbuat sedemikian. Beliau pernah menjual sebanyak 934,000 saham pada nilai $1.1 bilion selepas menggunakan opsyen untuk memperolehi lebih kurang 2.2 juta saham.

Tambahan daripada itu, ia juga menunjukkan kedua-dua jualan berkaitan opsyen tersebut yang telah dibuat pada bulan September merupakan sebahagian pelan dagangan yang membolehkan orang dalaman korporat mewujudkan urus niaga yang telah dirancang mengikut jadual.

Setakat hujung tahun 2020, Musk mempunyai opsyen untuk membeli sebanyak 22.86 juta saham yang mana akan tamat tempoh Ogos tahun depan.

Sementara itu, pada 6 November yang lalu Musk telah membuat satu tinjauan di Twitter peribadinya berkenaan penjualan 10% pegangan saham tersebut namun ia masih tidak diketahui sama ada tinjauan tersebut bersangkutpaut dengan rancangan dagangan Tesla.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat