Najib: Langkah Diambil BNM Mampu Kukuhkan Ringgit

81

Pengumuman langkah-langkah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meningkatkan mudah tunai pasaran tukaran asing pada Jumaat lalu, berupaya mengukuhkan mata wang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga menteri kewangan berkata beliau percaya Bank Negara Malaysia, sebagai pengawal selia, mengetahui akan soal dasar monetari negara termasuk mengenai pengurusan tukaran mata wang dan telah mengkaji semasak-masaknya sebelum mengumumkan langkah-langkah berkenaan.

“Langkah-langkah yang mereka (Bank Negara) umumkan pada minggu lalu, saya percaya akan memberi rasa keyakinan kepada pasaran untuk mengambil langkah-langkah tertentu.

“(Dan) langkah-langkah itu kita percaya boleh mengukuhkan nilai mata wang ringgit, insya Allah,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan ulangtahun ke-10 Iskandar Malaysia di Iskandar Puteri hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada langkah-langkah yang diumumkan BNM itu berupaya mengukuhkan mata wang negara.

Pada Jumaat lepas, BNM mengumumkan beberapa langkah yang dijangka boleh mengukuhkan kedudukan mata wang.

Antara langkah-langkah itu ialah pengeksport tempatan perlu menukar 75 peratus hasil yang dijana daripada eksport kepada ringgit dan hanya 25 peratus dibenar dikekalkan dalam mata wang asing.

Pada pukul 3 petang ini, ringgit disebut harga pada 4.4410/450 berbanding dolar AS pada 4.4470/4500 ketika ditutup semalam.

Sumber: Bernama

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat