Nak Tahu Punca Pengukuhan US Dollar? Hadam Artikel Ini!

150

Dollar Australia didagang hampir tidak berubah berbanding matawang utama yang lain pada Rabu, manakala Dollar New Zealand bergerak lebih rendah gara-gara pengukuhan matawang Greenback. Matawang US Dollar mula menambah permintaan berikutan data positif yang dilaporkan dari AS.

AUD/USD didagang sedikit berubah pada 1.7636.

AUD/USD, 30 minit

Lembaga Pengguna Amerika Syarikat semalam melaporkan indeks keyakinan pengguna meningkat kepada nilai tertinggi dalam tempoh 17 tahun kepada 125.6 bagi bulan Mac berbanding 116.1 dalam bulan sebelum ini.

Penganalisis sebelum ini menjangkakan bacaan menghampiri paras 114.

Ketika ini, pasaran juga sedang menantikan laporan jualan rumah dalam jangka masa terdekat.

Permintaan bagi US Dollar juga dirangsang selepas Presiden Fed Chicago, Charles Evans dan Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan mencadangkan agar bank pusat Amerika meneruskan kitaran dasar monetari yang ketat.

NZD/USD merosot sebanyak 0.24 peratus dan didagang pada 0.6999. nilai ini merupakan angka yang paling rendah sejak 24 Mac.

NZD/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain, meningkat sebanyak 0.12 peratus kepada 99.65.

Swiss Nasional Bank (SNB) Enggan Naikkan Kadar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat