Negara Lain Lebih Banyak Mendapat Faedah Dari Luasnya Ekonomi Amerika

46

Penasihat perdagangan Presiden Donald Trump, Peter Navarro berkata pada Isnin bahawa, pengurangan ‘defisit perdagangan’ melalui perjanjian ketat antara Amerika dan rakan dagangnya akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan keselamatan negara itu dari segi perdagangan.

Navarro yang memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Majlis Perdagangan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata demikian dalam majlis bersama pengamal ekonomi. Tambah beliau lagi, jika trend perdagangan semasa berterusan, kepentingan asing yang akhirnya akan memperoleh faedah dari saiz ekonomi AS yang besar.

“Defisit perdagangan adalah penting,” kata Navarro kepada konferens polisi tahunan ‘National Association for Business Economics‘.

Komen terbaru Navarro ini adalah berikutan kritikannya kepada Jerman sebelum ini yang menggunakan matawang Euro yang terkulang nilai dan memanipulasi perdagangan dengan AS.

Navarro berkata perlunya perbincangan  bersama Jerman untuk AS mengurangkan ‘defisit perdagangan’. Beliau juga menyatakan ini adalah isu penting, kerana AS akan berhadapan kesukaran untuk mengurangkan ‘defisit perdagangan’ dengan Jerman.

Tidak ketinggalan juga adalah komen beliau terhadap China. “Jika anda lihat betul-betul, matawnag Yuan China semangnya terkurang nilai (undervalued). Ia jelas di mana mereka menggunakan polisi untuk melemahkan matawang Yuan.”

Disebabkan itu, pada awalnya Navarro mengatakan jika perkara ini berterusan, negara lain akan mendapat faedah yang lebih banyak dari keluasan ekonomi AS itu sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat