News & Sentimen Yang Bakal Menggerakkan Usd/Jpy Minggu Ini

49

Usd/Jpy menguat sekali lagi dalam sesi dagangan minggu lalu yang bergerak ke paras tertinggi sejak 19 Januari. Pasangan matawang ini menguat sepanjang minggu lepas sebelum melemah pada hari terakhir dagangan Jumaat di mana laporan NFP dikeluarkan.

Walaupun laporan NFP pada Jumaat sepatutnya menguatkan US dolar, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Hal ini disebabkan pasaran begitu pasti dengan data positif pertambahan pekerjaan di AS selepas data ADP memberi isyarat awal pada Rabu.

Selain itu, minggu lalu juga US dolar juga telah menyerap harga (priced-in) kenaikan kadar faedah oleh The Fed minggu ini, selain data purata gaji 0.2% yang kurang dari ramalan pasaran iaitu kenaikan 0.3%.

Dalam sesi dagangan minggu ini, seperti kita sedia maklum pasaran secara keseluruhan memberi tumpuan kepada penetapan kadar The Fed. Setiap kali penetapan kadar oleh The Fed, Yen adalah matawang yang paling banyak mendapat kesan. Walaupun kadar dinaikkan Khamis ini, kesannya dijangka minimum dengan andaian pasaran telah priced-in kenaikan ini. Apa yang akan memberi kesan signifikan adalah panduan kehadapan (forward guidance) oleh bank pusat ini.

Data dari Jepun pula, pasaran akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada jumlah aliran modal masuk ke Jepun sepanjang minggu lalu. Data yang menunjukkan pembelian bon asing dan pelaburan saham oleh pelabur asing akan dikeluarkan pada Rabu. Data ini penting bagi melihat permintaan dan penawaran Yen oleh pelabur-pelabur asing.

Seterusnya pasaran akan berhadapan pula dengan penetapan kadar oleh Bank of Japan (BoJ) pada Khamis. Bank of Japan pula dijangka akan mengekalkan polisi monetari semasa dengan sasaran inflasi masih agak sukar dicapai oleh BoJ.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat