NFP Diramal Kukuh, USD Bakal Meroket?

1,903

Greenback bergerak mendatar ketika pasaran menanti pengeluaran laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang dapat memberikan petunjuk mengenai garis masa Federal Reserve (Fed) untuk mula melakukan pengetatan rangsangan.

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan stabil sekitar harga 94.20, tidak jauh dari paras ketinggian satu tahun berbanding kebanyakan matawang utama.

Sentimen pasaran dilihat bertambah baik selepas Pemimpin Majoriti Senat AS, Chuck Schumer mengumumkan bahawa kesepakatan telah dicapai untuk kenaikan had siling hutang kepada $408 bilion hingga awal Disember.

Pengumuman ini telah mengangkat sentimen dan mendorong matawang utama dan ekuiti AS didagangkan positif. Bagaimanapun, secara keseluruhannya dagangan dolar greenback masih lagi menguat.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada laporan pekerjaan NFP yang akan diterbitkan pada malam ini, di mana ia dijangka akan menunjukkan peningkatan sekitar 500,000 pada September.

Fed sebelum ini mengatakan kemungkinan akan mula mengurangkan pembelian bon bulanannya seawal November dan kemudiannya disusuli oleh kenaikan kadar pada tahun depan.

Sementara itu, euro didagangkan sedikit berubah sekitar harga 1.15570 berbanding USD, manakala matawang pound pula meraih sedikit sokongan untuk meningkat di atas 1.3600 susulan kelegaan pasaran terhadap tekanan harga gas di UK.

Sentimen yang positif turut mendorong matawang komoditi, dolar Aussie, kiwi dan Kanada untuk meningkat berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat