Nilai Pasaran Kripto Menghampiri Nilai $2 Trilion, Adakah Ethereum Bakal Atasi Bitcoin?

749

Seperti yang dinanti-nantikan oleh komuniti Ethereum (ETH), hard fork London EIP-1599 telah bersiaran bermula malam tadi mengikut waktu tempatan pada blok 12,965,000.

Secara tidak langsung, harga ETH menunjukkan pergerakan yang positif, menghampiri paras $3,000 dengan nilai pasaran kripto sudah melepasi $1.7 trilion pada pagi ini berdasarkan rekod di CoinGecko.

Lonjakan harga ETH sebanyak 20% sepanjang minggu lalu menyebabkan prestasi Bitcoin (BTC) dilihat tidak memberangsangkan. Penganalisis berandaian Ethereum tidak mustahil akan menggantikan Bitcoin sebagai raja kripto berdasarkan nilainya.

Menurut ketua pegawai teknologi platform kripto Zumo, Tim Sabanov: “Ethereum telah melakukan apa yang sudah ada, bitcoin dan menjadikannya lebih baik. Ia memiliki komuniti pembangun yang maju, menunjukkan ekosistem ini berkembang pesat.

Perhatikan saja prestasi Ethereum vs Bitcoin dalam tempoh 12 bulan terakhir ini. Ethereum mencatatkan peningkatan lebih 600%, berbanding Bitcoin cuma meningkat 250%.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini Ethereum mencatatkan jumlah alamat aktif yang lebih tinggi berbanding Bitcoin dan tidak menunjukkan isyarat melemah lagi-lagi ia merupakan tunjang utama kepada pasaran DeFi dan non-fungible token (NFT).

Hard fork London ialah kunci pemula kepada 5 jenis Ethereum Improvement Proposal (EIP). Bermula dengan EIP-1599, ia dibangunkan dengan tujuan menyelesaikan isu kos transaksi yang mahal.

Rata-rata teruja untuk menyaksikan perkembangan Ethereum dengan EIP-1599. Ramai menjangkakan ini akan membawa kepada peningkatan penggunaan DeFi di rangkaian tersebut sekaligus meluaskan potensinya ke paras yang luar biasa.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $2,783, meningkat hampir 4% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat