Menurut CIMB Bank, kemerosotan dalam nilai Ringgit Malaysia baru-baru ini terlalu mendadak. Walaupun begitu, matawang ini boleh kembali ke nilai asal selepas Bank Negara Malaysia menambah lebih peraturan pentadbiran terhadap pertukaran wang asing.
Ringgit telah menjunam lebih daripada 5 peratus dalam tempoh sebulan yang lalu, menjadikan matawang tersebut berprestasi paling buruk dari keseluruhan pasaran pesat membangun di Asia. Dana global juga secara tidak langsung telah mengurangkan nilai bon kerajaan Malaysia sebanyak 8.8 peratus kepada 196.1 billion Ringgit ($44 billion) pada bulan November. Penurunan itu juga merupakan junaman terbesar sejak Julai 2013.
Pengerusi CIMB iaitu Nazir Razak dalam satu temu bual mengatakan bahawa pasaran akan melihat punca-punca kejatuhan nilai ini. Nilai Ringgit ini juga disifatkan akan kembali kepada normal setelah kesemua punca ini dapat diatasi.
Beliau turut meramalkan bahawa nilai Ringgit akan didagang pada 4.10 sehingga 4.20 berbanding US Dollar.
Ringgit didagang melonjak sebanyak 0.2 peratus kepada 4.4222 pada Khamis.
Russia Bakal Mengadakan Perjanjian Lanjut Dengan OPEC Mengenai Pembekuan Bekalan Logam Hitam!