‘No Deal’ Antara Britain Dan EU Boleh Terjadi – David Davis

43

Britain sedang bersedia untuk berhenti dari rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU) walaupun tanpa sebarang perjanjian, kata Menteri Brexit David Davis pada Ahad.

Rundingan akan bermula bulan depan di mana majoriti ahli EU yang lain mahu Britain dihukum. Theresa May sebelum ini telah menyatakan tiada perjanjian adalah lebih baik daripada perjanjian yang hanya merugikan UK.

Perkara ini pula dikritik oleh musuh politik khsusnya dari Parti Buruh kerana pendirian seperti itu hanya akan memberi risiko ketidaktentuan kepada perniagaan dan juga akan semakin menegangkan rundingan kedua-dua pihak.

Davis pula berkata, risiko seperti ini boleh berlaku dan Britain telah bersedia.

Dalam temubual berasingan, May berkata bahawa beliau mahu sumbangan UK selama ini diambil kira dalam menentukan jumlah yang perlu dibayar oleh Britain kepada EU apabila meninggalkan Eropah.

“Terdapat banyak perdebatan tentang obligasi UK atau hak kita yang sebenar dari segi pembayaran wang sebelum ini. Kita akan melihat perkara ini, hak dan obligasi,”kata beliau.

Ketua perunding EU Michael Barnier berkata kepada Suruhanjaya EU yang akan berfokus kepada hak penduduk, isu kewangan dan sempadan dan beliau berharap perjanjian ini dapat dimeterai antara Oktober dan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat