NZD Stabil, RBNZ dijangka Kekalkan Dasar!

46

Dollar Australia menyusut lebih rendah berbanding matawang gergasi, namun kerugian dikatakan kekal terhad kerana sentimen terhadap US Dollar yang kekal tidak menentu. Dalam masa yang sama, Dollar New Zealand dinilai stabil menjelang keputusan dasar dari RBNZ.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.27 peratus kepada 0.7670 selepas mencecah paras terendah dalam tempoh seminggu.

US Dollar melemah selepas Presiden Fed Chicago, Charles Evans berkata pada Isni bahawa Fed sedang berada di landasan yang betul untuk menaikkan kadar sebanyak dua kali lagi tahun ini. Beliau juga berpandangan bahawa Fed dijangka akan menaikkan kadar secara beransur-ansur selepas keputusan Fed untuk menaikkan kadar minggu lepas.

US Dollar mula terdedah dengan tekanan selepas pemimpin G20 menekankan kepentingan hal ehwal perdagangan bebas global yang berlawanan daripada pendirian Trump sebelum ini.

Dagangan NZD/USD sedikit berubah kepada 0.7034.

Bank Pusat New Zealand dijangka akan meletakkan kadar tidak berubah pada awal pagi Khamis ini.

Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar dinilai stabil berbanding enam matawang utama, tidak jauh dari nilai terendah yang dicapai sebelum ini.

Adakah Pasaran Akan Kembali ‘Menggila’ disaat Brexit Dicetuskan Secara Rasmi Nanti?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat