NZD/USD Menjunam Susulan Keputusan Mesyuarat Polisi RBNZ

714

Menjadi tumpuan pada sesi pasaran Asia hari ini, mesyuarat polisi monetari bank pusat New Zealand menjadi tumpuan melihatkan kadar faedah terus dikekalkan di paras terendah pada 0.25%.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) menyuarakan keterbukaan mereka untuk mengambil langkah pelonggaran yang selanjutnya dalam menangani kesan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Coronavirus.

Gabenor Andrian Orr menyatakan kesan pandemic berkemungkinan akan berlarutan untuk tempoh yang lebih panjang berbanding jangkaan dan akan merisikokan aktiviti ekonomi, pekerjaan serta inflasi dalam negara.

Susulan keputusan mesyuarat tersebut, dolar New Zealand mengalami susut nilai berbanding US dolar dengan penurunan ketara harga dipamerkan di carta NZD/USD sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

Pada awal minggu harga pada carta NZD/USD telah mencapai kenaikan sekitar 150 pips sehingga semalam ke paras ketinggian 0.65300 namun menutup dagangan lebih rendah pada sesi New York semalam dengan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat RBNZ.

Pada sesi Asia pagi ini, harga telah membuat penurunan sekitar 90 pips dari paras ketinggian 0.65100 dan turut melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan harga menuju zon support pada 0.63800 yang menjadi paras terendah di mana harga memulakan dagangan pada minggu ini.

Penurunan lebih rendah melepasi zon support tersebut akan menuju pula paras tumpuan pada sekitar 0.63200.

Namun jika harga kembali menyambung semula kenaikan pada awal minggu, paras tumpuan 0.65000 akan diuji sebelum ke paras ketinggian yang dicapai semalam.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju zon resistance di bawah paras harga 0.65800 pada dagangan 2 minggu yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat