OIL Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2016

51

moshedfx-forex-malaysia-oil-09

Harga minyak mentah berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam, dengan ‘spike-up’ sebelum susut semula; setelah harga disokong oleh prospek bahawa negara pengeluar anggota OPEC dan bukan OPEC akan bekerjasama untuk mengawal lebihan bekalan yang telah menyebabkan harga merudum ke paras terendah dalam masa 12 tahun. Sebelum daripada itu, pasaran mendapat sokongan selepas Menteri Minyak Iran berkata, Tehran bersedia untuk berunding.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac membuat ‘spike-up’ ke setinggi $29.20 setong, sebelum susut semula ke serendah $27.25, dan mendapat bidaan untuk menutup sekitar paras $27.35 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April berada dalam dagangan ‘sideway’ dengan ‘spike-up’ ke setinggi $31.90 setong, sebelum menutup sekitar paras $30.95 setong.

[adrotate group=”6″]

Di Russia, tsar minyak Igor Sechin mencadangkan negara pengeluar minyak mengurangkan pengeluaran sebanyak 1 juta tong sehari, tanpa berkata sama ada negara bukan OPEC seperti Russia akan mengambil bahagian dalam mengurangkan pengeluaran. Walaupun pasaran tidak meletakkan banyak harapan kepada retorik dari Iran dan Rusia, berita itu telah memberi sokongan kepada pasaran.

Dalam pada itu, Institut Petroleum Amerika (API), sebuah kumpulan industri, berkata inventori minyak mentah meningkat sebanyak 2.4 juta tong pada minggu berakhir pada 5 Feb, kurang daripada peningkatan sebanyak 3.6 juta tong yang dijangkakan oleh penganalisis. Laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS pula menunjukkan bahawa inventori minyak mentah berkurang 800 ribu tong, berbanding jangkaan tambahan sebanyak 3.55 juta tong untuk minggu berakhir pada Februari 5.  Ini sedikit sebanyak memberikan sokongan belian untuk minyak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat