OIL Analisa Fundamental Harian 13 Nov 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-oil-10

Harga minyak mentah terus merudum Khamis semalam, dengan crude jatuh lebih $1.75 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $41.55 setong sebelum menutup sekitar $41.75 setong; manakala brent pula jatuh lebih $2.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $43.90 setong sebelum menutup sekitar paras $44.05 setong; setelah Iraq meningkatkan tahap pengeluaran, sekaligus menambah kepada lebihan minyak global.

Terdapat spekulasi bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bakal menaikkan had maksima pengeluaran sebanyak kira-kira 1 juta tong sehari apabila mereka bertemu pada 4 Disember ini; sekaligus menambah sentimen yang sedia lemah ke atas minyak mentah disebabkan oleh lebihan bekalan.

[adrotate group=”6″]

Harga minyak mungkin turun naik dalam tempoh terdekat menjelang mesyuarat OPEC bulan depan, apabila wakil-wakil negara anggota OPEC boleh membuat kenyataan yang berbeza, menurut Veranda Chauhan, penganalisis tenaga Energy Aspect yang berpangkalan di Singapura. “Peningkatan dalam kuota pengeluaran OPEC boleh menjadi kenyataan kerana Indonesia yang menghasilkan kira-kira 800 ribu tong sehari, dijadualkan untuk menyertai semula OPEC semasa mesyuarat Disember ini.” tambah beliau lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat