OIL Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

45

Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, setelah beberapa pengeluar utama bertemu di Doha, Qatar untuk menghadkan pengeluaran walaupun kebanyakan penganalisis pasaran tidak mengharapkan apa-apa perjanjian. Arab Saudi dan Russia dua pengeluar minyak terbesar dunia, bersetuju untuk berunding bagi mengatasi kemelut lebihan minyak global.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $31.55 setong ke serendah $28.70 sebelum menutup sekitar paras $29.20 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April jatuh lebih $3.60 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $31.95 sebelum menutup sekitar paras $32.35 setong.

[adrotate group=”6″]

Menteri Minyak veteran Arab Saudi, Ali Naimi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Russia, Alexander Novak di ibu negara Qatar Doha Selasa semalam, menurut Reuters dan The Financial Times. Mereka disertai oleh Eulogio Del Pino, menteri minyak Venezuela, dalam mesyuarat politik penting yang pertama, sejak menteri dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal untuk bersetuju dengan had output pada awal Disember tahun lepas.

Di Doha, mesyuarat bersetuju pada dasarnya untuk membekukan pengeluaran pada tahap Januari, mewakili kali pertama negara OPEC dan bukan OPEC mencapai perjanjian dalam tempoh 15 tahun. “Sebab kami bersetuju adalah mudah: ia adalah permulaan proses yang akan dinilai dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dan membuat keputusan sekiranya langkah lain perlu, untuk menstabilkan dan meningkatkan pasaran,” menurut menteri tenaga Arab Saudi Ali al-Naimi kepada pemberita.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat