OIL Analisa Fundamental Harian 19 Nov 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-oil-011

Minyak mentah terus merudum Rabu semalam, dengan crude jatuh lebih $1.60 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $39.90 setong sebelum menutup sekitar paras $40.65 setong, manakala brent pula jatuh lebih $1.35 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $43.55 setong sebelum menutup sekitar paras $44.40 setong; setelah data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) mendedahkan bahawa stok simpanan minyak mentah di Amerika Syarikat menurun sebanyak 482 ribu tong, sebahagiannya disebabkan oleh penapisan yang berlebihan.

Harga dijangka terus lemah untuk sepanjang 2015 dan 2016 setelah pengeluaran terus mengatasi permintaan.  Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa berkata dalam tinjauan 2016 mereka: “Lebihan bekalan dan pengeluaran mungkin akan berterusan sehingga tahun depan, sekaligus menyebabkan tekanan berterusan ke atas harga minyak mentah.”  Menurut ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa pula, harga minyak boleh naik turun sekitar $50 setong sehingga akhir tahun 2020 jika keadaan pasaran kekal sebegini.

[adrotate group=”6″]

Ini adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia dan permintaan global yang lemah, dan keengganan negara pengeluar minyak untuk mengurangkan pengeluaran bagi mengekalkan kedudukan mereka dalam pasaran dan meningkatkan simpanan emas hitam mereka. Pada akhir September lalu, rizab minyak di negara-negara maju mencapai angka yang mengkagumkan – 3 bilion tong; Sementara itu, Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan kelembapan dalam pertumbuhan permintaan global, daripada 1.8 juta tong sehari pada tahun 2015 kepada 1.2 juta pada 2016.

Barclays telah meramalkan harga minyak mungkin meningkat ke paras $50 setong pada akhir tahun 2015 dan meningkat kepada $60 setong dalam tahun 2016. Pasukan perbankan korporat bank itu berkata, kenaikan boleh dirangsang oleh peningkatan dua kali ganda berterusan dalam pertumbuhan permintaan global yang boleh mencapai sehingga 4 juta tong setiap hari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat