OIL Analisa Fundamental Harian 20 April 2016

35

Harga minyak melonjak Selasa semalam untuk menutup ‘gap-down’, selepas pekerja pelantar minyak Kuwait dilaporkan mogok dalam usaha untuk menuntut rancangan kerajaan bagi memotong gaji penjawat awam sektor minyak dan gas Kuwait dibatalkan.  Penjawat awam sektor minyak dan gas Kuwait melancarkan mogok tiga hari bermula Isnin selepas mesyuarat OPEC di Doha, Qatar gagal mencapai persetujuan menghadkan pengeluaran.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun melonjak lebih $1.95 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $42.88, sebelum menutup sekitar paras $42.45 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun melonjak sekitar $1.90 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $44.50, sebelum menutup sekitar paras $44.05 setong.

[adrotate group=”6″]

Dengan kegagalan OPEC dan negara-negara pengeluar minyak utama lain untuk mencapai perjanjian bagi mengehadkan pengeluaran, fokus kini berubah kepada peranan industri AS sebagai “pengeluar swing” yang baru. “AS sentiasa menjadi faktor….ia akan kekal sebagai faktor terbesar dalam pengimbangan semula pasaran,” menurut Edward Morse, ketua global penyelidikan komoditi di Citigroup. “AS akan memberi sumbangan yang tidak seimbang dengan pengimbangan semula pasaran.” tambah beliau lagi.

CNBC melaporkan bahawa kejatuhan harga minyak mentah mencederakan negara-negara pengeluar minyak yang telah dipaksa untuk mengurangkan belanjawan di tengah-tengah kejatuhan mendadak dalam pendapatan. Pekerja minyak di Kuwait pula melancarkan mogok kerana menolak pemotongan gaji dan manfaat pekerjaan akibat daripada penurunan harga.  Industri minyak kini bergelut dengan kejatuhan harga akibat lebihan bekalan dan permintaan yang lemah kesan dari kegawatan ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat