OIL Analisa Fundamental Harian 24 Mei 2016

54

Harga minyak susut dan menutup rendah dari pembukaan pada Isnin semalam, setelah sentimen dagangan menjadi negatif dengan laporan pertambahan stok minyak AS sebanyak 1.3 juta tong, manakala bancian Reuters menjangka kejatuhan sebanyak 2.8 juta tong dan Institut Petroleum Amerika pula menjangka kejatuhan sebanyak 1.1 juta tong.  Minggu lepas, stok minyak AS di hab penghantaran Cushing, Oklahoma bertambah sebanyak 461 ribu tong.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Julai susut lebih $1.05 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $47.40 sebelum memacu naik semula untuk menutup sekitar paras $48.07 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai susut lebih $1.05 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $47.57 setong sebelum memacu naik semula untuk menutup sekitar paras $48.30 setong.

Sebelum daripada itu, harga minyak jatuh dalam perdagangan Asia ekoran Dollar yang kukuh dan tanda-tanda bahawa bekalan minyak mentah global masih kukuh bertahan walaupun terdapat gangguan bekalan yang tidak dirancang. Dalam satu lagi petunjuk tentang bekalan yang banyak, bilangan pelantar yang dikendalikan oleh syarikat carigali AS dilaporkan stabil pada minggu lepas buat kali pertama dalam tahun ini.

Minyak gred Crude meningkat 3.3% pada minggu lepas, manakala gred Brent naik 1.7%, ekoran gangguan bekalan yang tidak dirancang telah meningkatkan harga kepada paras yang tertinggi sejak sekurang-kurangnya tahun 2011; yakni kebakaran hutan di Kanada dan isu geopolitik di Nigeria, Libya dan Venezuela. Namun, bekalan masih melebihi permintaan minyak global sekitar 1.5 juta tong sehari, menurut Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat