OIL Analisa Fundamental Harian 25 Jan 2016

24

moshedfx-forex-malaysia-oil-009

Harga minyak mentah terus memacu naik untuk hari kedua Jumaat lalu, apabila masalah baru di Libya memberi spekulator alasan untuk membida pada harga murah.  Pada masa yang sama, kebanyakan pelabur dan trader berpendapat kejatuhan ini sudah mencapai paras berlebihan. Dengan People Bank of China dan Bank Pusat Eropah yang berjanji untuk menambah ransangan dalam menyokong ekonomi mereka, minyak dilihat berpotensi untuk pulih semula apabila kuasa ekonomi Asia dan Eropah ini menambah import minyak bagi menjana aktiviti ekonomi mereka.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac memacu naik lebih $2.80 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $32.35 setong, sebelum menutup sekitar paras $32.25 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi kontrak baru penghantaran April memacu naik lebih $3.55 setong apabila ditutup pada paras $32.85 daripada paras terendah harian sekitar $29.30 setong untuk kontrak penghantaran Mac.

[adrotate group=”6″]

Keruntuhan harga dalam tempoh 19 bulan yang lalu, telah menghakis dana rizab kebanyakan pengeluar minyak kecil yang telah mendesak Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  (OPEC) untuk mengambil beberapa langkah sokongan harga. Permintaan itu sebahagian besarnya telah diabaikan oleh kartel yang diketuai oleh Arab Saudi itu, yang telah berulang kali berkata pemotongan pengeluaran hanya akan dipertimbangkan sekiranya pengeluar bukan OPEC juga bersedia untuk mengurangkan pengeluaran mereka.

Pelabur terus mencerna komen negatif dari Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), apabila organisasi yang berpangkalan di Paris itu memberi amaran, bahawa harga minyak di seluruh dunia “boleh lemas dalam lebihan bekalan” jika keadaan semasa berterusan. Harga Brent yang turun hampir 26% sejak awal tahun ini, ekoran kebimbangan mengenai prospek ekonomi China telah menambah sentimen bahawa lebihan bekalan global boleh menjadi lebih lama daripada yang dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat