OIL Analisa Fundamental Harian 29 Oct 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-oil-013

Minyak mentah mencatatkan kenaikan harga Rabu semalam, dengan crude melonjak lebih $3.10 ke paras tertinggi harian sekitar $46.15 setong sebelum menutup sekitar paras $46.10 setong; manakala brent pula melonjak lebih $2.55 setong ke paras tertinggi harian sekitar $49.65 setong sebelum menutup sekitar paras $49.60; setelah laporan inventori minyak mentah dari EIA menunjukkan kejatuhan stok simpanan dari 8 juta tong kepada 3.4 juta tong berbanding jangkaan 3.7 juta tong.

Sebelum daripada itu, berita negatif daripada seluruh industri mencerminkan harga lemah yang dipamerkan pada suku ketiga. Harga minyak menjunam ke bawah pada musim panas ini selepas melonjak ke paras $60 setong pada bulan Jun lalu.  Kini ianya tinggal di bawah paras $50 setong untuk hampir sepanjang suku ketiga 2015. Ini berikutan kebimbangan yang semakin meningkat bahawa lebihan bekalan tidak akan surut secepat yang diharap.

[adrotate group=”6″]

Petanda kelemahan yang berterusan, “contango”, telah kembali ke pasaran minyak. Fenomena di mana harga di pasaran niaga hadapan untuk bulan depan adalah jauh lebih murah daripada kontrak jangka panjang. Keadaan ini adalah disebabkan oleh lebihan bekalan pada hari ini, dengan jangkaan bahawa pasaran akan kembali kukuh pada satu ketika pada masa hadapan.

“Contango” untuk crude adalah yang terbesar sejak Mei 2015, meluas selepas peningkatan yang banyak dalam tahap simpanan. EIA melaporkan minggu lepas bahawa inventori crude melonjak sebanyak 8 juta tong, menonjolkan lebihan yang berterusan dalam bekalan. Crude untuk penghantaran Disember, kini di diskaun sebanyak $0.95 berbanding dengan kontrak Januari – diskaun yang paling banyak dalam tempoh lima bulan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat