OIL Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2016

47

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dalam suasana pasaran yang tidak menentu dalam memberikan reaksi kepada berita pasaran komoditi dan komen dari dua orang Pengerusi Feds cawangan yang menyokong kenaikan kadar pinjaman asas pada mesyuarat FOMC Jun ini.  Minyak yang disebutharga dalam Dollar, berpotensi untuk jatuh apabila Dollar meningkat nilai, terkesan dari sentimen kenaikan kadar.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $46.02 setong ke serendah $43.97, sebelum menutup sekitar paras $44.48 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $46.76 setong ke serendah $44.65 setong, sebelum menutup sekitar paras $45.21 setong.

Menurut penganalisis, menilai dari pemulihan dalam fundamental pasaran minyak dan sentimen positif dalam pasaran, harga minyak dijangka terus memacu dan mungkin mencapai $50 setong dalam masa terdekat.  Secara umum, ramai penganalisis yang melihat harga minyak berlegar-legar sekitar $40 setong sahaja ekoran Arab Saudi dan Iran yang mungkin berlumba untuk menambah bahagian pasaran.

Dalam mesyuarat OPEC terakhir di Doha, Qatar bulan lepas, Menteri Minyak Iran tidak memperdulikan jemputan Arab Saudi untuk menghadiri mesyuarat tersebut dengan hanya menghantar wakil.  Arab Saudi bertidak balas dengan membatalkan mesyuarat dan bertegas mahukan Iran turut serta dalam perjanjian bagi menghadkan pengeluaran minyak OPEC, dalam usaha menstabilkan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat