OIL Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

48

Harga minyak yang memacu naik pada sesi Asia dan Eropah Selasa semalam, merudum pada sesi New York; selepas laporan terbaru dari Morgan Stanley menunjukkan kenaikan harga minyak baru-baru ini adalah kerana penurunan nilai Dollar AS dan masalah lebihan bekalan minyak global yang masih belum diatasi boleh menjunamkan harga minyak ke paras yang lebih rendah.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April jatuh lebih $2.25 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.10 sebelum menutup sekitar paras $36.50 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei jatuh $2.15 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $39.35 sebelum menutup sekitar paras $39.55 setong.

[adrotate group=”6″]

Ketika ini rundingan kerjasama menghadkan pengeluaran antara anggota OPEC dan bukan OPEC, yang diketuai oleh Arab Saudi bersama Russia, masih belum menunjukkan sebarang kemajuan yang diharapkan.  Dengan mesyuarat yang hanya dijadualkan pada akhir bulan ini, pasaran terdedah kepada spekulasi bahawa ianya akan gagal, ekoran Iran yang tidak bersedia untuk menghadkan pengeluaran selepas sekatan ekonomi keatasnya ditarik balik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat