OMG! Saat Pasaran Di Ambang Lautan Merah, Kripto Ini Kekal Positif

633

OMG, lapisan-2 (L2) yang dibina untuk blockchain Ethereum ini pamer harga positif setelah pasaran kripto di ambang lautan merah pada sesi dagangan semalam.

OMG mempamerkan potensi yang baik pada pembukaan pasaran minggu ini, hasilkan 47% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $11.45.

Berjaya mendaki tangga ke-68 dalam pasaran kripto dengan memiliki permodalan pasaran lebih $1.5 bilion.

Baru-baru ini, OMG telah dilancarkan ke dalam platform ‘Delta’ dan telah mendorong pergerakan harga melonjak secara konsisten.

Menarik untuk dilihat pada carta OMG/USDT yang menjadi tumpuan para pelabur.

Sewaktu artikel analisa OMG dikeluarkan pada Jun lalu, OMG diperdagangkan pada paras harga $3.78, secara konsistennya OMG telah menghasilkan hampir 280% lonjakan sehingga kini.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih kekal dengan trend bullish dan sedang berlegar-legar didalam ruangan zon resistance $11.20.

Sekiranya OMG kekal dengan trend bullish, ia bakal menembusi zon resistance $11.20 tersebut dan kemungkinan membuat lonjakan yang lebih tinggi serta membuat paras tertinggi terbaru berturut-turut.

Namun, sekiranya OMG menunjukkan trend bearish, zon RBS (resistance become support) $10 bakal menjadi sasaran seterusnya untuk diuji samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Ketika penulisan, OMG/USDT didagangkan $10.95 melonjak lebih 26% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto OMG/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat