OPEC Berjaya Muktamadkan Perjanjian Dengan Potongan Pengeluaran Besar-Besaran

505

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya pada hari Ahad berjaya memuktamadkan perjanjian ke atas pemotongan pengeluaran minyak mentah dalam usaha untuk mengembalikan kestabilan harga minyak yang terjejas akibat COVID-19 dan perang harga antara Arab Saudi dan Rusia.

Tindakan yang diambil oleh kebanyakkan negara untuk membendung penularan coronavirus telah memusnahkan permintaan terhadap bahan api dan kemudiannya ditambah pula dengan perang harga Arab Saudi dan Rusia sekali gus mendorong penurunan harga minyak.

Setelah empat hari mengadakan rundingan dan diikuti oleh tekanan daripada Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan tariff import minyak, OPEC+ akhirnya bersetuju untuk pemotongan sebanyak 9.7 juta tong sehari pada bulan Mei dan Jun. Ini menjadikannya sebagai pemotongan terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah.

OPEC+ pada mulanya mencadangkan pengurangan sebanyak 10 juta tong sehari, namun telah ditolak oleh Mexico atas alasannya yang tersendiri, sekali gus menyebabkan usaha untuk menamatkan krisis ini terbantut.

Di bawah perjanjian baru ini, Mexico akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari seperti mana yang diminta oleh Setiausaha Menteri Tenaga Mexico, Rocío Nahle, daripada 400,000 tong pengeluaran sehari yang pada awalnya dicadangkan oleh OPEC+.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat sebanyak 3.9% kepada $32.71 setong selepas dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini $33.99 setong. Sementara niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula menokok 6.1% kepada $24.15 setong.

Bagaimanapun, kebimbangan terhadap permintaan membataskan peningkatan harga minyak. Penggunaan bahan api di seluruh dunia telah merosot kira-kira 30% disebabkan pandemik COVID-19 yang telah meragut lebih 100,000 nyawa dan menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat