OPEC: Potongan Pengeluaran Minyak Hampir Pasti! Harga Minyak Dunia Sedang Melonjak

51

Harga minyak mentah dunia melonjak 5% sebentar tadi berikutan keyakinan yang semakin meningkat kepada OPEC untuk memeterai perjanjian pengurangan keluaran minyak. Ada juga berita tidak rasmi yang mengatakan OPEC telah mempersetujui pemotongan keluaran selama enam bulan.

Pada ketika ini harga minyak berada di paras $47.69 setong bagi minyak West Texas Intermediate (WTI) yang meningkat dari paras terendah hari ini $45.28.

Manakala minyak Brent (Brent-oil) pula naik dari paras terendah semalam $45.9 setong kepada $50 setong pada masa artikel ini ditulis. Harga minyak melonjak selepas Menteri Algeria mengatakan, “pemotongan adalah pasti 99%”.

Pada mulanya harga minyak telah menaik selepas Menteri Iran, Bijan Zanganeh mengatakan yang beliau percaya OPEC pada hari ini akan memeterai perjanjian, tetapi menambah pembekuan bagi negaranya belum lagi ditetapkan.

Pada September, pengeluar minyak telah mempersetujui perjanjian awal untuk memotong keluaran minyak, tetapi jumlah bagi setiap negara belum ditentukan pada masa itu.

Kebanyakan penganalisis masih percaya OPEC akan menandatangani perjanjian pengurangan keluaran ini, tetapi masih meragui sama ada ia cukup untuk menyokong pasaran minyak selepas ini.

Bagi penganalisis di Morgan Stanley, pengumuman pemotongan keluaran minyak OPEC pada Rabu akan membawa harga minyak ke paras $50 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat