Padah Copycat ‘Diem’, Facebook Berhadapan Tindakan Undang-Undang

632

Cukup seminggu Facebook mengumumkan perancangan untuk menamakan semula matawang kripto Libra kepada Diem, firma media sosial itu berhadapan dengan beberapa ugutan tindakan undang-undang.

Diem merupakan aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh pelabur fintech, Chris Adelsbach dan turut berkongsi nama yang sama seperti dirancang Facebook dalam pengumuman 1 Disember lalu.

Penukaran nama Libra kepada Diem bertujuan untuk mengelak dari tekanan peraturan yang tegas selepas mengumumkan perancangan penubuhan matawang kripto pada tahun lepas dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2021.

Adelsbach menyifatkan penjenamaan semula Libra oleh Facebook dibuat sambil lewa tanpa sebarang penyelidikan sama ada ‘Diem’ telah digunakan atau pun tidak.

CEO Diem, Geri Cupi menjelaskan kekeliruan pada masa akan datang akan memberi kesan kepada pertumbuhan firma mereka yang baru sahaja mula menapak ke dalam pasaran.

Diem dilancarkan pada Oktober lalu dan berjaya meraih setengah juta pengikut. Platform kewangan itu membolehkan penggunanya untuk membuat urusan penjualan harta secara atas talian dan menawarkan kad debit.

Dalam persidangan Isnin, barisan menteri G7 dan pengerusi bank-bank pusat, termasuk menteri kewangan Jerman, Olaf Scholz menyifatkan projek Facebook sebagai “a wolf in sheep’s clothing.”

Scholz turut menekankan bahawa penyelia undang-undang Jerman tidak akan membenarkan Libra memasuki pasaran negara itu selagi Facebook tidak menangani isu peraturan oleh pentadbiran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat