Paling Teruk Satu Dekad, Perniagaan China Hilang Keyakinan!

171

Krisis Covid-19 terus memberi kesan mendalam kepada ekonomi China yang menyaksikan keyakinan perniagaannya jatuh ke paras terendah sejak 2013 pada Disember.

Meneliti tinjauan yang dijalankan World Economics ke atas lebih 2,300 syarikat pada 1-16 Disember, indeks itu jatuh kepada 48.1 daripada 51.8 yang dicatatkan pada November.

Hasil tinjauan adalah antara petunjuk pertama bagaimana sentimen perniagaan terjejas selepas langkah pelonggaran mendadak dilakukan mencetuskan gelombang kes tempatan di seluruh negara.

Ia menunjukkan aktiviti perniagaan jatuh mendadak pada Disember dengan indeks pengurus jualan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan kedua-duanya di bawah paras 50.

Menurut World Economics, tinjauan itu menguatkan lagi prospek bahawa kadar pertumbuhan ekonomi gergasi kedua dunia itu telah perlahan secara mendadak dan mungkin menuju ke arah kemelesetan pada 2023.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) China diunjur berkembang hanya 3% tahun ini yang menandakan prestasi terburuknya dalam hampir 50 tahun.

Dengan pelonggaran yang dilaksanakan, pemimpin tertinggi dan penggubal dasar akan memberi tumpuan kepada menstabilkan ekonomi pada 2023 serta meningkatkan pelarasan dasar bagi memastikan sasaran utama dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat