Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 11 – 15 Apr 2016

59

Yen Jepun menjadi raja pada minggu lalu, mengecewakan pegawai-pegawai Jepun. Data inflasi di UK dan Amerika Syarikat, PPI jualan runcit dan sentimen pengguna di Amerika Syarikat, keputusan kadar di UK dan Kanada, data Pekerjaan di Australia dilihat sebagai pemacu utama pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Pada ucapan satu panel diskusi di New York, Pengerusi Feds Puan Janet Yellen berkata ekonomi Amerika Syarikat telah mencapai kemajuan yang berterusan dan pasaran buruh menghampiri kepada ‘guna-tenaga’ penuh. Puan Yellen juga menyatakan bahawa tekanan inflasi mula membina, sekaligus membayangkan bahawa Feds akan meneruskan kenaikan kadar secara beransur-ansur.

Pengerusi Feds yang terdahulu sebelum Puan Yellen; Ben Bernanke, Paul Volcker dan Alan Greenspan yang turut mengambil bahagian pada persidangan itu menyatakan hampir keseluruhan persetujuan atas dasar ekonomi masing-masing. Adakah trend pertumbuhan ekonomi AS akan diteruskan?

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 4:30 Petang

Data Inflasi UK:  Inflasi UK meningkat 0.3% pada bulan Februari tidak berubah dari bulan sebelumnya. Bacaan tersebut adalah lebih rendah daripada ramalan 0.4%. Inflasi teras, tidak termasuk barang-barang yang tidak menentu, juga kekal stabil pada 1.2%. Bacaan tertinggal jauh di bawah sasaran BoE sebanyak 2%. Inflasi UK tidak melebihi 2% sejak akhir 2013. UK CPI dijangka mencatat 0.3% pada kali ini.

Rabu, 8:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Jualan runcit AS jatuh kurang daripada yang dijangkakan pada bulan Februari, turun 0.1% selepas disemak lebih rendah kepada -0.4% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Bacaan bulan Februari mencadangkan ekonomi kekal di tahap yang kukuh walaupun terdapat beberapa kebimbangan yang ianya boleh terjerumus ke dalam kemelesetan. Sementara itu, inflasi teras yang tidak termasuk kenderaan juga menurun 0.1% selepas -0.4% pada Januari. Jualan runcit untuk bulan Mac dijangka mencapai 0.4%.

PPI AS: Harga pengeluar AS menurun 0.2% pada bulan Februari dalam kos tenaga dan makanan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, harga tidak berubah berbanding tahun lalu, sekaligus menunjukkan pemulihan. Bacaan tersebut sejajar dengan kenaikan 0.1% pada bulan Januari. Harga tenaga menurun 3.4%, dan harga petrol menurun 15.1% yang merupakan kejatuhan terbesar dalam setahun. Walau bagaimanapun, data pembuatan terkini menunjukkan sektor ini menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan. PPI dijangka meningkat 0.3% pada bulan Mac.

Rabu, 10:00 Malam

Keputusan Kadar Kanada:  Bank of Canada mengekalkan kadar tidak berubah pada 0.50% selaras dengan ramalan pasaran. BoC menyatakan bahawa prospek jangka masa terdekat adalah kekal tidak berubah daripada bulan Januari. Bank Pusat Kanada menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini kepada 1.4% pada bulan Januari lalu dan mengurangkan kadar dua kali pada tahun lepas untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Berkemungkinan BoC akan menunggu langkah fiskal belanjawan persekutuan yang akan datang pada bulan ini untuk menentukan langkah seterusnya.

Rabu, 10:30 Malam

Inventori Minyak AS:  Minggu lalu, inventori minyak mentah AS menjunam 4.9 juta tong kepada 529.9 juta tong selepas pertambahan 2.3 juta tong seminggu sebelum itu. Ahli ekonomi menjangkakan peningkatan 3.1 juta tong. inventori jatuh disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat daripada kilang penapis dan penurunan dalam import Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, inventori minyak mentah Amerika Syarikat kini masih 9.8% lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada 2015.

Khamis, 9:30 Pagi

Data Pekerjaan Australia:  Kadar pengangguran Australia jatuh tidak disangka-sangka kepada 5.8% pada bulan Februari, daripada 6.0% pada bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, bilangan pekerjaan baru hampir tidak meningkat, meningkat sebanyak 300 sahaja, kerana pertambahan 15,900 pekerjaan sepenuh masa diimbangi dengan kehilangan 15,600 pekerja separuh masa. Kadar pengangguran menurun sejak semakin kurang orang mencari kerja dan kadar penyertaan jatuh kepada 64.9% daripada 65.1%. Pasaran buruh Australia dijangka berkembang dengan 18,600 pekerjaan dan kadar pengangguran dianggarkan meningkat kepada 5.9%.

Khamis, 7:00 Malam

Keputusan Kadar UK:  Bank of England mengekalkan dasar kewangan dan kadar penanda aras, menyedari bahawa pembuat dasar perlu menahan diri daripada menukar strategi sebelum referendum mengenai keahlian EU 23 Jun ini, sekaligus menjangkakan pertumbuhan akan mengekalkan momentum yang sama pada suku ini seperti pada akhir tahun lepas. Sterling telah mengalami ketidakpastian yang menyelubungi isu ‘Brexit’ dan mungkin akan meneruskan penurunan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Bank of England berkata kadar akan dinaikkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Khamis, 8:30 Malam

Data Inflasi AS:  Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat, tidak termasuk makanan dan tenaga, meningkat 0.3% pada bulan Februari selepas kenaikan yang sama pada bulan Januari, menaikkan CPI teras tahunan sebanyak 2.3% dalam tempoh 12 bulan hingga Februari – peningkatan terbesar sejak Mei 2012. Pakar ekonomi menjangkakan kenaikan bulanan sebanyak 0.2 % dan kenaikan tahunan sebanyak 2.2%. Pengerusi Feds, Janet Yellen berkata peningkatan itu mungkin berkaitan dengan faktor-faktor sementara tetapi inflasi dijangka beransur-ansur meningkat pada bulan-bulan akan datang. Walaupun pengguna membayar lebih untuk kereta baru, penurunan 13% dalam harga petrol, mengimbangi kedua-dua peningkatan dalam CPI teras dan kenaikan 0.2% dalam harga makanan, menyebabkan CPI menguncup 0.2% pada bulan Februari selepas tidak berubah pada bulan Januari. Kedua-dua CPI dan CPI teras dijangka meningkat 0.2% pada bulan Mac.

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran menurun lebih daripada yang dijangkakan pada minggu lalu, sekaligus menunjukkan pasaran buruh yang terus kukuh walaupun pertumbuhan ekonomi masih perlahan. Jumlah tuntutan baru jatuh 9 ribu kepada pelarasan bermusim sebanyak 267 ribu. Pakar ekonomi menjangkakan bacaan sebanyak 271 ribu tuntutan. Ini adalah minggu ke-57 di mana tuntutan kekal di bawah garis 300 ribu, regangan yang paling lama sejak tahun 1973. Purata bergerak empat minggu tuntutan meningkat 3,500 kepada 266,750. Laporan menunjukkan pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat AS melonjak pada bulan Februari ke tahap tertinggi sejak November 2006. Jumlah tuntutan baru dijangka meningkat sebanyak 270 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 10:00 Malam

UoM Sentimen Pengguna AS:  Bacaan awal Indeks UoM sentimen pengguna AS mencapai 90.0 mata pada bulan Mac, berbanding dengan bacaan Februari pada 91.7 mata. Pakar ekonomi menjangkakan indeks Februari itu akan meningkat kepada 92.1 mata. Walaupun terdapat peningkatan dalam bulan Januari, pengguna menjadi lebih prihatin terhadap pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat, turun naik pasaran kewangan dan kegawatan di luar negara. Pengguna tidak lagi percaya ekonomi akan berkembang lebih daripada 2.4% pada tahun ini. Pakar ekonomi menjangka indeks sentimen pengguna AS akan meningkat kepada 92.3 mata pada bulan April.

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat