Panjat 150 Pips, Terjun Balik 150 Pips! Ini Sebab Kenapa EUR/USD Jadi Macam Tu

209

Minggu ini pasaran kewangan terus dimulakan dengan pergerakan rancak harga untuk pembukaan pasaran pada Isnin semalam dengan tumpuan terhadap mata wang US dolar.

Memulakan dagangan dengan lemah di sesi Asia bersambung ke sesi Eropah, tapi suasana berubah lebih menarik di sesi New York apabila raja mata wang itu kembali mengukuh semula.

Dua faktor utama yang dilihat menyokong pengukuhan US dolar adalah pandangan hawkish oleh ahli Federal Reserve (Fed) serta sentimen berisiko pasaran yang didorong oleh situasi protes di China.

Mata wang Euro berjaya mengukuh pada awalnya di sesi Eropah semalam berikutan bank pusat Eropah (EBC) dilihat komited untuk meneruskan pengetatan dasar walaupun sedang berdepan risiko kemelesetan.

Namun, pengukuhan tidak dapat diteruskan setelah US dolar ‘mengamuk’ di sesi berikutnya dan mengubah arah pergerakan harga pada carta-carta utama.

Jika dilihat pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Isnin semalam, harga telah berjaya melonjak mencatatkan paras ketinggian 5 bulan terbaru di sesi Eropah hingga ke zon 1.0500.

Namun, momentum gagal dikekalkan apabila US dolar kembali mendominasi untuk menekan semula harga jatuh 150 pips pada sesi New York.

Memberi isyarat untuk pergerakan bearish semula, harga telah jatuh di bawah zon 1.04000 dan menembusi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Setelah turun mencecah sekitar 1.03300 di penghujung sesi New York, harga sedikit melantun lemah menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi Selasa ini.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan dengan sasaran untuk menembusi pula paras tumpuan minggu lalu pada 1.03000 dan seterusnya 1.02400.

Pergerakan trend bearish yang dilanjutkan dilihat boleh mencecah kembali zon tumpuan 1.01000 sebelum ini.

Namun, jika harga berubah arah untuk melonjak semula, zon rintangan 1.05000 yang diuji pada lonjakan semalam bakal menjadi tumpuan sekali lagi.

Menembusi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran seterusnya untuk menuju pula 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat